Ini Pergerakan Minyak Menjelang Hujung Minggu

188

Minyak mentah diperdagangkan lebih kukuh pada hari Jumaat dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan kedua selepas anggota OPEC+ Arab Saudi dan Rusia mengetatkan bekalan.

Dagangan WTI Amerika Syarikat diniagakan sedikit meningkat pada sekitar harga $72.20 setong, manakala minyak Brent pula menokok pada sekitar harga $76.90 setong.

Arab Saudi menetapkan kenaikan harga yang besar untuk minyak mentahnya ke Eropah dan Mediterranean selepas mengumumkan lanjutan pengeluaran sukarelanya sebanyak 1 juta tong sehari pada Ogos.

Di samping itu, Rusia pula berkata ia akan mengurangkan eksport sebanyak setengah juta tong walaupun pengeluaran tidak diturunkan.

Turut menyokongan pengukuhan harga minyak adalah data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang melaporkan stok minyak mentah AS jatuh sebanyak 1.5 juta tong mendorong pegangan minyak ke paras terendah sejak akhir Januari.

Sementara itu, pegangan minyak di hab simpanan utama Cushing, Oklahoma, juga berkurangan manakala inventori petrol dan penyulingan turut menurun.

Meskipun kukuh, harga minyak masih kekal 10% lebih rendah tahun ini disebabkan dasar monetari yang lebih kuat, pemulihan China yang suram dan eksport Rusia yang berdaya tahan menekan niaga hadapan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat