Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Mula Trade Pada Awal Minggu

941

Greenback diniagakan sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu, tetapi masih menyaksikan raja matawang itu kekal kuat di sekitar paras tertinggi lebih satu tahun berbanding pesaing utamanya.

US dolar terus mendapat sokongan daripada lonjakan inflasi Amerika Syarikat baru-baru ini, yang meningkatkan optimisme pasaran untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah lebih awal.

Namun, Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari memberi amaran pada hari Ahad bahawa bank pusat tidak seharusnya bertindak keterlaluan terhadap inflasi yang tinggi kerana ia mungkin hanya sementara walaupun menjangkakan kadar inflasi akan terus meningkat lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang.

Tambahan daripada itu, beliau juga meramalkan lebih banyak kejelasan mengenai prospek ekonomi apabila program pembelian bonnya berakhir pada pertengahan 2022, dan mengekalkan fikiran terbuka mengenai masa untuk kadar faedah dinaikkan.

Sementara itu, tinjauan sentimen pengguna Universiti Michigan November mengejutkan pelabur dengan kemerosotan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun kerana pengguna bimbang dengan lonjakan harga yang tinggi.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan pada 95.05 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pelabur kini mengalihkan perhatian kepada penerbitan data jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada Selasa, di mana ia dijangka akan menunjukkan peningkatan pada bulan Oktober.

Sementara itu, ketika US dolar mula memaparkan penyusutan, euro dilihat masih terperangkap di sekitar paras terendah 16 bulan pada sesi Asia dengan diniagakan paa 1.1450 berbanding USD.

Ketiadaan pemangkin yang jelas dari data-data ekonomi utama pada awal minggu menyebabkan pergerakan kebanyakan matawang utama kekal terbatas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat