Ini Perkara Yang Perlu Diperhatikan Pelabur Pada Awal Minggu!

396

US dolar didagangkan mendatar pada pembukaan dagangan awal minggu setelah ditutup lebih tinggi pada akhir minggu lalu susulan kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan sedikit berubah pada 104.66 berbanding kebanyakan mata wang utama pada sesi Asia.

Pergerakan US dolar pada hari Isnin dijangka tidak banyak berubah memandangkan pasaran saham dan bon ditutup pada hari Isnin berikutan cuti Hari Kemerdekaan Negara Juneteenth.

Pada Jumaat lalu, Powell telah berjanji bahawa bank pusat itu akan terus komited dalam mengembalikan inflasi ke sasaran 2%, dengan menekankan komitmen kukuh Fed terhadap kestabilan harga menyumbang keyakinan meluas terhadap US dolar sebagai penyimpan nilai.

Tumpuan seterusnya akan beralih kepada keterangan Powell di hadapan Kongres pada hari Rabu dan Khamis yang akan memberi kemas kini terbaharu kepada penggubal undang-undang mengenai rancangan Fed untuk menangani inflasi sambil mendapatkan pasaran pekerjaan penuh.

Sementara itu, dalam ulasan terbaru Fed, Gabenor Christopher Waller menyatakan sokongannya untuk satu lagi kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat bulan Julai sekiranya data ekonomi menunjukkan mereka memerlukannya.

Selain itu, mata wang pound sedikit susut pada awal sesi Asia, ketika fokus utama pasaran pada ketika ini terarah kepada data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Bacaan inflasi pada bulan Mei akan menjadi penentu buat hala tuju bank pusat England (BOE) yang seterusnya dalam menetapkan kadar faedah di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing di UK.

Euro pula didagangkan stabil dengan sedikit meningkat sekitar harga 1.0500 berbanding USD. Tumpuan pelabur euro minggu ini tertumpu pada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat