Powell Bersumpah The Fed Komited Dalam Turunkan Kadar Inflasi! Ini Perkara Penting Perlu Diketahui ‘Trader’

735

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell sebentar tadi mengulangi komitmen bank pusat untuk menurunkan inflasi kerana ia adalah suatu yang utama untuk sistem kewangan global.

Kata Powell dalam ucapan pengenalan persidanganmengenai peranan global mata wang A.S, “Tekad yang kuat daripada the Fed terhadap mandat kestabilan harga menjadi faktor penting yang menyumbang kepada keyakinan meluas terhadap dolar sebagai penyimpan nilai. Justeru itu, saya dan rakan sekerja menumpukan perhatian terhadap mengembalikan inflasi kepada objektif 2 peratus yang ditetapkan”.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas FOMC mengundi untuk menaikkan kadar faedah penanda aras sebanyak tiga perempat daripada mata peratusan kepada julat sasaran 1.5%-1.75%. Bank menggunakan kadar tersebut untuk menetapkan kos pinjaman bagi jangka pendek yang mereka sediakan kepada satu sama lain, dalam masa yang sama menyalurkan kepada pelbagai produk pengguna seperti kad kredit, pinjaman ekuiti rumah dan pembiayaan kenderaan.

Inflasi telah meningkat sepanjang tahun lalu, dengan indeks harga pengguna pada bulan Mei mencatatkan peningkatan 8.6% sepanjang tahun lalu.

Pegawai the Fed menyasarkan bacaan inflasi 2% sebagai suatu yang sihat untuk ekonomi yang sedang berkembang dan menyatakan mereka akan terus menaikkan kadar sehingga harga kembali ke julat itu.

Walaupun inflasi merugikan pengguna berikutan harga yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pengguna dalam membuat perbelajaan namun perkara tersebut tidak menjadi tumpuan utama malah yang menjadi tumpuan utama adalah pada kepentingan kewangan globalnya.

Kata Powell. “Komitmen the Fed terhadap dua mandat dan kestabilan kewangan kami menggalakkan masyarakat antarabangsa untuk memegang dan menggunakan US dolar.”

Sebagai tambahan kepada kestabilan harga, Fed dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan guna tenaga penuh.

Beliau juga menyatakan perubahan yang akan datang dalam sistem kewangan global, termasuk penggunaan mata wang digital dan sistem pembayaran seperti FedNow, perkhidmatan yang dijangka datang atas talian pada 2023.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat