Ini Perkembangan Mata Wang Utama – USD Paling Penting Untuk Ketahui!

835

Mengimbas pergerakan pasaran yang agak bercampur pada minggu lalu, pelabur telah menyaksikan US dolar bergerak tak menentu dengan sedikit kukuh ketika menuju dagangan penghujung minggu setelah terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.

Namun, pada dagangan awal minggu ini, raja mata wang itu kembali memaparkan penyusutan semula untuk kembali bergerak pada landasan jangkaan penganalisis sebelum ini.

Tiada perubahan pada jangkaan majoriti untuk keputusan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, Federal Reserve (Fed) berkemungkinan besar akan memperlahankan lagi dasar monetari atau memberi petunjuk untuk menamatkan pengetatan.

Mata wang Eropah memanfaatkan peluang untuk mengukuh pada Isnin semalam dengan Euro telah melonjak berbanding US dolar mengatasi ketinggian harga pada dagangan minggu lalu.

Pelabur juga akan berhati-hati terhadap pergerakan Euro minggu ini menjelang mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) turut berlangsung pada minggu hadapan dengan jangkaan pelaksanaan lebih agresif oleh bank pusat untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Begitu juga Pound Sterling yang berjaya menampung semula kerugian pada minggu lalu untuk meningkat berbanding US dolar ke paras tertinggi 1 minggu.

Mata wang Yen pula mengikuti jejak langkah US dolar yang menyusut selepas Gabenor Bank of Japan (BOJ) terbaru, Kazuo Ueda dilihat ingin mengekalkan dasar monetari terdahulu yang longgar sementara pasaran menanti keputusan mesyuarat polisi BOJ pada Jumaat ini.

Mata wang komoditi dolar New Zealand sedikit kukuh berbanding US dolar di awal minggu, namun sebaliknya bagi dolar Australia yang lebih mendatar.

Pelabur berkemungkinan mengambil sikap berwaspada terhadap dolar Aussie menjelang data penting minggu ini iaitu indeks harga pengguna (CPI) Australia yang akan menjadi tumpuan bank pusat.

Perkembangan pasaran komoditi, dagangan emas mendatar di awal minggu namun harga dilihat berjaya meningkat positif pada penutupan sesi New York.

Walau bagaimanapun, harga emas masih berlegar lemah di bawah paras $2,000 per auns selepas menjunam semula pada minggu lalu.

Sementara, harga minyak mentah pula pamer peningkatan berikutan pelabur optimis terhadap permintaan oleh China sebagai pengimpor terbesar minyak di dunia.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat