Ini Punca US Dollar Bergelut di Paras Terendah dalam Sesi Asia!

71

US Dollar bergelut dalam paras terendah dalam tempoh tujuh minggu pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap dasar perlindungan oleh Presiden Donald Trump. Kebimbangan ini juga berganda selepas Trump memaklumkan perintah eksekutif mengenai pembinaan tembok sempadan antara Mexico dan AS.

US Dollar Index yang melawan enam matawang utama kali terakhir dinilai merosot 0.2 peratus pada 99.839.

Trump telah membuat beberapa keputusan yang dikatakan business friendly sejak mula dilantik secara rasmi pada Sabtu lalu. Bebrapa rancangan yang baru diumumkan termasuklah pengawalseliaan pengeluaran domestik dan membuka jalan bagi membina dua saluran paip minyak.

Bagaimanapun, rancangan Presiden tersebut untuk membentuk semula imigresen Amerika Syarikat dan dasar keselamatan negara memerlukan modal asing yang besar bagi membiayai defisit akaun semasa yang meluas.

Trump pada Rabu mengarahkan untuk membina tembok di sempadan Mexico dan hukuman kepada bandar-bandar yang melindungi pendatang tanpa izin, termasuk cadangan untuk mengembalikan program tahanan rahsia CIA.

Hasil Perbendaharaan AS juga merosot berikutan kebimbangan terhadap dasar Trump.

US Dollar didagang sebanyak 113.21 berbanding Yen dalam sesi ini.

Dalam masa yang sama, sterling merosot sebanyak 0.1 peratus selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu.

GBP/USD, 30 minit

Euro pula dikatakan sedikit merosot berbanding US Dollar dan diniagakan paa $1.0755.

EUR/USD, 30 minit

China Berpotensi Menggantikan US Dalam Perjanjian TPPA

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat