China Berpotensi Menggantikan US Dalam Perjanjian TPPA

104

Berikutan Presiden Trump yang telah mengeluarkan US dari Perjanjian Perdagangan Bebas (TPPA), pihak Australia dan New Zealand berharap dapat membawa China dan negara Asia yang lain bagi menyelamatkan perjanjian ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Shinzo Abe menyebut perjanjian ini sebagai enjin perubahan ekonomi dan sebagai pesaing kepada kebangkitan China yang bukan ahli TPP.

Perdana menteri Australia Malcolm Turnbull mengatakan telah mengadakan perbincangan bersama Abe, Perdana Menteri N.Zealand Bill English dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong tentang kebarangkalian untuk meneruskan perjanjian ini tanpa US.

Turnbull mengatakan, “Kehilangan US dalam TPP adalah satu kerugian besar, tetapi kami tidak mahu mengalah, kerana jelasnya terdapat potensi untuk China menyertai perjanjian ini”.

Perebutan perdagangan antara China dan US semakin menarik, mana tidaknya Obama sebelum ini memulakan perjanjian ini adalah untuk mengikat perjanjian perdagangan di Asia sebelum China berbuat demikian.

China juga telah mencadangkan satu perjanjian yang akan menjadi pesaing kepada TPPA iaitu, Free Trade Area of the Asia Pacific (FTAAP).

Bill English mengatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan perjanjian yang dicadangkan oleh China ini, jika perjanjian TPPA tidak diteruskan.

Menteri perdagangan Malaysia Mustapha Mohamed pula mengatakan Malaysia akan terus bekerjasama dengan US untuk mengukuhkan perdagangan dua hala, kerana kepentingan US sebagai rakan dagang ketiga terbesar dan sumber utama pelaburan ke Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat