Ini Ramalan JPMorgan Untuk Ekonomi Australia Dari Pembukaan China

163
  • China penyumbang utama pelancongan dan eksport pendidikan Australia
  • Sektor pelancongan Australia belum pulih sepenuhnya

Ekonomi Australia bakal mendapat manfaat daripada penamatan dasar sifar Covid China dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut JPMorgan.

Ketua strategi pelaburan JPMorgan, Tom Kennedy dalam laporannya pada Sabtu, berkata pembukaan semula China telah mencetuskan persoalan tentang implikasi yang berpotensi ke atas ekonomi Australia.

Memandangkan Beijing adalah penyumbang terbesar pelancongan dan eksport pendidikan Canberra, sektor perkhidmatan dilihat akan menjadi faktor utama untuk ekonomi Australia.

Pelancongan Australia diunjur meningkat 0.5% kepada keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) dan kepulangan pelajar antarabangsa dari China akan menambah 0.4% lagi yang membawa hampir 1% dalam KDNK negara.

Pada masa ini, sektor pelancongan di negara itu masih belum pulih sepenuhnya walaupun dengan peningkatan kemasukan pelancong dari New Zealand, United Kingdom (UK), dan Amerika Syarikat (AS).

Dengan pembukaan semula China, kemasukan pelancong dari negara itu ke Canberra dapat membantu sektor pelancongan Australia kembali meningkat.

Sementara itu, JPMorgan meramalkan kadar pendaftaran pelajar antarabangsa akan meningkat pada tahun ini.

Mencerap data daripada Jabatan Pendidikan Australia, lebih 253,000 pelajar antarabangsa tiba dari China dari Januari hingga Oktober 2019 tetapi sedikit menurun kira-kira 173,000 pada Oktober 2022.

JPMorgan berkata jika eksport pendidikan China kembali ke tahap 2019, dorongan kepada KDNK boleh meningkat 0.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat