Ini Reaksi IMF Terhadap Tindakan BOJ!

170

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengatakan keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menyelaraskan program kawalan keluk hasilnya (YCC) adalah langkah yang wajar.

BOJ mengejutkan pasaran global pada hari Selasa selepas ia membenarkan hasil 10 tahun untuk bergerak kepada -/+ 0.5% daripada had sebelumnya -/+0.25% dalam julat pergerakannya.

Ketua misi IMF ke Jepun, Ranil Salgado berkata pelarasan tetapan YCC BOJ adalah langkah yang wajar termasuk kebimbangan yang dinyatakan mengenai fungsi pasaran bon.

Ujar beliau lagi, menyediakan komunikasi yang jelas mengenai syarat untuk melaraskan rangka kerja dasar monetari akan membantu jangkaan pasaran.

Ia juga membantu menguatkan kredibiliti komitmen bank pusat itu untuk mencapai sasaran inflasinya, kata Ranil Salgado.

Kejatuhan mendadak daripada langkah BOJ dapat dilihat dalam pasaran meluas termasuk niaga hadapan saham AS, dolar Australia dan emas.

Walaupun Gabenor Haruhiko Kuroda mengatakan langkah ini adalah untuk meningkatkan fungsi pasaran bon, namun ia juga ditafsirkan oleh pasaran sebagai peralihan ke arah normalisasi dasar di bawah gabenor seterusnya.

Kuroda akan menamatkan penggalnya sebagai Gabenor BOJ pada April 2023, dan pasaran melihat ia akan menjadi detik permulaan kepada perubahan dasar monetari bank pusat itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat