Ini Reaksi PM Johnson Susulan Kekalahan Undian Pertama Sebagai Perdana Menteri

785

Ketegangan politik di Britain semakin hangat selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson berdepan cabaran baru ekoran kekalahan dalam undian pertama beliau sebagai Perdana Menteri menentang ahli pembangkang parlimen yang ingin menghalang Brexit tanpa perjanjian.

Reaksi PM Johnson susulan kekalahan pada undian tersebut mencetuskan kekecohan perbincangan dalam dewan parlimen. Beliau nyata bertegas dengan keputusan untuk berundur dari Kesatuan Eropah pada penghujung Oktober ini dan tidak mahu sebarang penangguhan lagi.

Kiraan undian dimenangi oleh ahli parlimen dengan 328 undian menewaskan 301 undian kerajaan UK dan membenarkan mereka mengusulkan permintaan lanjutan Brexit.

PM Johnson memberitahu bahawa beliau mahukan pilihanraya diadakan jika beliau didesak untuk melanjutkan tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober ini.

Ahli parlimen kini akan mengundi untuk penangguhan Brexit. Lewat Selasa semalam, PM Johnson membidas cadangan penangguhan Brexit yang diharapkan oleh ahli parlimen di mana akan lebih mendatangkan lebih banyak kekeliruan serta membazirkan lebih banyak masa.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada pilihan lain selain diadakan pilihanraya pada Oktober ini dan membiarkan rakyat membuat keputusan.

Dalam pada itu, dagangan matawang Pound Sterling dilihat meneruskan kenaikan dengan pengukuhan didorong oleh keredaan pelabur berikutan kebimbangan sebelum ini terhadap Brexit tanpa perjanjian yang dimahukan oleh PM Johnson.

Kekalahan PM Johnson terhadap undian tersebut nyata menjadi faktor mencetus momentum pengukuhan harga bagi matawang Pound Britain pada minggu ini dengan pergerakan GBP berbanding USD telah mencatatkan sekitar 180 pips kenaikan dari paras terendah yang pernah direkodkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat