Ini Rincian Minit Mesyuarat RBA Susulan Keputusan Mengejutkan

90

Pelabur sesi Asia telah diperlihatkan dengan keluaran laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bulan Oktober yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.60%.

Teliti rincian mengenai pendekatan polisi akan datang yang didedahkan dalam minit tersebut:

  • Pembuat dasar berhujah untuk melaksanakan kenaikan sebanyak 50 mata asas, tetapi akhirnya putuskan untuk naikkan hanya 25 mata asas.
  • Kadar telah dinaikkan sebanyak 250 mata sejak Mei, tetapi kesannya belum dapat dirasai dalam pembayaran gadai janji, tetapi memberi impak pada kekayaan isi rumah dan kejatuhan harga rumah.
  • Walaupun pasaran buruh kukuh, pertumbuhan gaji tidak meningkat seperti di beberapa negara maju lain tetapi masih boleh meningkat dan mengancam jangkaan inflasi.
  • Pembuat dasar menyatakan dalam persekitaran tidak menentu, terdapat hujah untuk memperlahankan pelarasan dasar bagi menilai kesan kenaikan ketara dalam kadar faedahsetakat ini dan prospek ekonomi yang berkembang.
  • Namun, RBA menekankan bahawa inflasi di Australia terlalu tinggi pada 6.1% dan mungkin meningkat kepada 7.75% menjelang akhir tahun.
  • Ini mungkinmemerlukan peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah sepanjang tempoh akan datang tetapi tidak bukan dengan kenaikan pada kadar yang tinggi.
  • RBA kekal dengan komitmen mereka untuk membawa inflasi ke tahap sasaran dan melakukan apa yang perlu untuk mencapainya.

Ringkasnya, RBA dilihat akan meneruskan kenaikan kadar faedah tetapi mungkin pada kadar yang lebih kecil seperti keputusannya sebelum ini.

Terbitan data pekerjaan Australia minggu ini bakal menjadi tumpuan dengan kadar pengangguran kekal di paras terendah 48 tahun 3.5% pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat