Ini Rupanya Punca Lonjakan Semula Euro

690

US dolar gagal mengekalkan pengukuhannya, disebabkan kerugian terhadap euro setelah terdapat laporan yang menyatakan keyakinan pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) terhadap prospek pemulihan di rantau itu.

Berita ini disambut baik oleh pelabur memandangkan ia juga merupakan petanda bahawa bank pusat mungkin tidak melihat keperluan untuk melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan tahun ini.

Dolar greenback juga menerima tekanan dengan sentimen risiko yang kembali meningkat ketika pasaran ekuiti AS mempamerkan pemulihan daripada penjualan besar-besaran saham teknologi sebelum ini.

Memetik kepada pegawai Zon Eropah, Bloomberg melaporkan bahawa unjuran output dan inflasi ECB yang akan datang hanya menunjukkan sedikit perubahan pada prospek pertumbuhan bulan Jun, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini akan disemak lebih tinggi.

Laporan itu, yang muncul menjelang mesyuarat polisi monetari ECB telah mendorong kepada peningkatan euro untuk kembali didagangkan di atas paras harga 1.1800 berbanding USD.

Namun begitu, pelabur tetap berhati-hati dalam melakukan pembelian lebih luas sebelum mesyuarat ECB kerana sebelum terdapat laporan bahawa pembuat dasar bank pusat tidak selesa dengan kenaikan euro yang lebih tinggi berbanding USD.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah yang dijangkakan, pelabur akan menantikan kenyataan Presiden ECB Christine Lagarde mengenai bagaimana kenaikan euro ke paras tertinggi dua tahun baru-baru ini, akan mempengaruhi prospek inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat