Ini Rupanya Punca XRP Meroket Sehingga Ke Paras $1

11,503

Harga XRP mempamerkan lonjakan drastik sehingga menguji semula paras $1 selepas mencapai paras terendah sekitar $0.50 pada Jun dan Julai.

Faktor lonjakan itu disokong setelah Ripple mengumumkan bahawa salah satu syarikat pengiriman wang terbesar di Korea Selatan, GME Remittance telah menyertai RippleNet.

Seperti sedia maklum, RippleNet dapat memudahkan sistem pembayaran dan membolehkan transaksi dalam kadar segera dan murah dengan memanfaatkan perkhidmatan On-Demand Liquidity (ODL).

Menerusi penggunaan perkhidmatan itu, GME telah berhubung dengan bank terbesar dari segi permodalan pasaran di Thailand yang dikenali sebagai Siam Commercial Bank (SCB).

Pengarah dan COO firma tersebut mengatakan bahawa mereka memilih Ripple adalah kerana RippleNet membolehkan mereka berhubung dan melancarkan perkhidmatan ke negara baharu dengan mengambil masa hanya 1-2 minggu sahaja.

Secara tidak langsung, ia telah mengurangkan penggunaan masa dalam memasarkan perkhidmatan dan memberi kelebihan kepada firma berbanding pesaing lain.

Dalam pada itu, jumlah dagangan purata harian bagi XRP dilihat terus melonjak pada suku kedua tahun ini walaupun Ripple masih terikat dengan pertikaian undang-undang dengan SEC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat