Ini Sebab AUD/USD Menjunam Pada Rabu, Kadar Gaji & Risiko Politik Australia

127

Dolar Australia jatuh sehingga 0.60% pada Rabu selepas data pendapatan suku ketiga yang dikeluarkan pagi tadi meleset daripada jangkaan.

Dolar Australia jatuh berbanding US dolar hampir 60 pip selepas data dikeluarkan. Data pendapatan hanya meningkat 0.5% pada suku ketiga (bacaan suku-tahunan, q/q) berdasarkan data oleh Biro Statistik Australia. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah kenaikan sebanyak 0.7%.

Penganalisis ekonomi di Capital Economics, Paul Dales berkata, “Kenaikan dalam kadar gaji tahunan kepada 2.0% berbanding 1.9% pada suku kedua adalah isyarat yang menunjukkan pertumbuhan gaji mula naik dari paras terendah, namun ia juga dipengaruhi oleh kadar gaji minimum pada 1 Julai. Ini bermaksud data kali ini mengecewakan dan menggambarkan kadar gaji masih lemah.”

Bagi RBA (Reserve Bank of Australia) yang menjangka kenaikan beransur-ansur dalam kadar gaji, ini adalah satu perkara yang mebimbangkan dengan pengukuhan dalam pasaran buruh.

Walaupun dengan pasaran buruh yang semakin kukuh, pertumbuhan gaji gagal menunjukkan kesan yang lebih positif.

Setakat ini AUD/USD masih lagi tertekan dengan pasangan matawang ini cuba menguji paras terendah enam minggu lalu.

Dengan ketidaktentuan politik di Australia ketika ini, matawang Aussie dolar juga tertekan oleh faktor politik.

Malcolm Turnbull pemimpin Parti Liberal kehilangan majoriti di Parlimen disebabkan krisis kewarganegaraan. Parti Buruh hari ini menggesa 150 ahli parlimen dan 76 ahli Senat di ‘upper house’menyediakan surat menyurat yang menunjukkan sejarah keluarga mereka selewatnya 1 Disember ini.

John Alexander, 66 adalah ahli Parlimen kerajaan kedua meletak jawatan selepas menjelaskan beliau mempunyai kerakyatan British dari bapanya. Hal ini sebenarnya mengancam kedudukan Turnbull dan memberi risiko kepada agenda kerajaan di masa hadapan.

Sudah tentu hal ini dilihat oleh pelabur sebagai satu lagi ketidaktentuan (uncertainty) dalam pasaran Australia.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat