Ini Sebab Eur/Usd Spiked Hampir 170 Pip Pagi Tadi !

47

Matawang Euro menguat secara tiba-tiba pukul 7 pagi tadi, dengan jumlah dagangan yang kecil menjelang tahun baru 2017. Pair Eur/Usd melonjak hampir 170 pip dan reverse semula hampir 100 pip pada masa yang sama.

Pasangan Eur/Usd menyaksikan lonjakan sehingga mencapai paras 1.0650, yang spiked ke atas dalam masa beberapa minit sahaja. Kebanyakan penganalisis menyatakan hal ini disebabkan kecairan yang kecil dalam pasaran yang menyebabkan pergerakan ‘volatile’ (turun-naik) seperti ini.

Matawang Euro juga menguat berbanding dengan Yen dengan Eur/Jpy naik 0.6% melonjak hampir 170 pip dari paras 122.20 kepada 123.84.

Menurut Kaneo Ogino Pengarah Kajian Tukaran Matawang di Global Info Tokyo, “Jumlah dagangan adalah begitu kecil di dalam pasaran pada hari ini dan kesempatan ini diambil oleh ‘pemain pasaran jangka-pendek’ untuk menolak euro ke atas dan mengambil kesemua stoploss”.

Menjelang tahun baru 2017, fokus akan terarah kepada Trump yang akan mengambil tampuk pemerintahan US pada 20 Januari ini sebagai presiden ke-45. Selain itu, krisis perbankan di Itali akan diperhatikan dengan teliti sama ada akan memberikan kesan kepada negara-negara lain di Kesatuan Eropah.

Apa yang paling penting dalam melihat kesan jangka sederhana (medium-term) dalam pergerakan Eur/Usd ialah “Policy Divergence” di antara The Federal Reserve dan Bank Pusat Eropah (ECB).

Policy divergence ialah polisi monetari dua negara yang berlawanan di mana US menggunakan polisi pengetatan manakala negara di bawah ECB menggunakan polisi pelonggaran. Secara ringkasnya, kadar faedah yang lebih tinggi akan meningkatkan permintaan kepada US dolar berbanding matawang Euro kerana pelabur lebih suka kepada hasil pelaburan yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat