PMI Sektor Perkhidmatan UK Melonjak Pada Mac, Gbp Menguat

65

PMI sektor perkhidmatan UK mengukuh kepada 55.0 pada Mac dari 53.3 yang direkodkan pada Februari. Bacaan kali ini lebih tinggi dari jangkaan pasaran 53.5 dan merupakan bacaan yang tertinggi dalam masa tiga bulan selepas bacaan Februari mencecah paras terendah lima bulan lepas.

Indeks komposit naik kepada 54.9 dari 53.8 sebelum ini.

Aktiviti dalam sektor perkhidmatan yang lebih tinggi kali ini adalah berikutan keadaan ekonomi dan peningkatan permintaan dari pengguna. Walaupun risiko Brexit masih memberi impak kepada pelaburan dalam ekonomi domestik, kelemahan Sterling banyak melonjakkan tempahan eksport dan permintaan pelanggan khususnya dari Amerika Syarikat.

Dalam ekonomi domestik, sektor pengguna masih lagi berhadapan risiko, manakala perkhidmatan sektor kewangan terus kukuh.

Keseluruhan perniagaan baru dilihat meningkat ke paras tertinggi yang akan menyokong pertumbuhan beberapa bulan akan datang.

Namun, terdapat tanda sektor pekerjaan yang semakin perlahan dengan penciptaan pekerjaan baru di paras terendah sejak Ogos 2016. Syarikat menyatakan ini disebabkan kadar upah yang semakin tinggi.

Purata harga dalam sektor perkhidmatan juga meningkat sehingga ke paras tertinggi sejak September 2008 berikutan kos yang lebih tinggi disebabkan faktor kelemahan matawang GBP. Terdapat juga tanda pengukuhan ekonomi yang menyebabkan syarikat menyalurkan kenaikan kos kepada pelanggan mereka.

Menurut Markit, data secara keseluruhan masih menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada suku pertama 2017. Walaubagaimanapun, Bank of England (BoE) akan meneliti peningkatan mendadak dalam harga pengeluaran yang berpotensi memberi tekanan kenaikan kepada inflasi.

Matawang Gbp melonjak sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik 60 pip dan kini didagang di sekitar 1.2481. Gbp/Jpy pula naik 80 pip dari 137.56 dan kini didagang di sekitar 138.30.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat