Ini Sebab Mark Zuckerberg Kena Berterima Kasih Pada China!

428

Berkat lonjakan pengiklanan di China, Meta Platform berhasil mencatatkan prestasi lebih kukuh pada suku pertama 2023.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu, gergasi rangkaian sosial itu melihat syarikat China telah berbelanja besar dalam tempoh tiga bulan tersebut pada iklan Facebook yang ditujukan untuk pengguna yang tinggal di luar negara.

Ia dibantu oleh penurunan kos penghantaran dan pelonggaran sekatan Covid-19 baru-baru ini yang mendorong mereka menggunakan jangkauan besar Facebook dan Instagram di seluruh dunia untuk mendapatkan pelanggan baru.

Pun begitu, jualan Meta hanya meningkat 3% tahun ke tahun kepada $28.65 bilion pada suku pertama, menandakan masih terdapat ketidaktentuan dalam pasaran pengiklanan digital.

Namun, laporan yang lebih baik daripada jangkaan itu cukup memacu sahamnya meningkat hampir 12% dalam dagangan lanjutan selepas sesi New York.

Meta meramalkan persekitaran makro yang tidak menentu untuk sepanjang tahun ini dan persekitaran kawal selia lebih mencabar susulan pelaksanaan undang-undang oleh Kesatuan Eropah (EU).

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat