Ini Sebab Matawang GBP Melonjak & Menjunam Semalam

1,143

Pasti ramai dari kalangan trader tertanya-tanya dengan pergerakan volatile (turun-naik) matawang Sterling. Matawang GBP melonjak pada awal sesi dagangan Eropah pada Rabu dengan GBP/USD naik 60 pip sekitar pukul 4.30 petang semalam dan kemudiannya menjunam sebanyak 90 pip sekitar pukul 7 petang.

Tidak lain tak bukan, ia disebabkan oleh isu Brexit, di mana retorik terkini yang dikeluarkan pada Rabu.

Pada mulanya lonjakan matawang GBP adalah disebabkan oleh peningkatan data inflasi (CPI) UK yang melebihi jangkaan pada pukul 4.30 petang Rabu. Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan peningkatan bacaan CPI sebanyak 0.7% melebihi jangkaan peningkatan bulanan sebanyak 0.5%.

Dari segi tahunan, bacaan itu meningkat 2.7% yang mana merupakan bacaan tertinggi dalam tempoh enam bulan yang lalu dan ia melebihi jangkaan penurunan daripada 2.5% sebelum ini kepada 2.4%.

Kenaikan matawang GBP sudah tentu adalah reaksi pasaran yang melihat potensi kenaikan kadar faedah BoE di mana bacaan 2.7% itu adalah lebih tinggi daripada ramalan bank pusat seperti yang ditunjukkan dalam laporan inflasi BoE bulan Ogos.

Tak sampai beberapa jam, matawang GBP menjunam semula disebabkan laporan negatif dalam isu Brexit. Perdana Menteri Theresa May dilaporkan enggan menerima cadangan terbaru oleh ketua perunding EU Michel Barnier berkaitan sempadan Ireland.

Selepas daripada suasana positif dalam rundingan Brexit sejak minggu lalu, laporan ini dilihat mengeruhkan rundingan seterusnya mengurangkan potensi untuk UK mendapat perjanjian daripada Kesatuan Eropah pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat