Ini Sebab Mengapa Bill Gates Anggap Matawang Kripto Sebagai Bahaya

2,794

Bill Gates, pengasas bersama syarikat teknologi gergasi dunia, Microsoft telah mengemukakan amaran terhadap bitcoin dan matawang kripto yang lain. Hal ini kerana matawang tersebut boleh menyebabkan kematian ‘secara langsung’.

Persoalannya, apakah perkaitan antara matawang kripto dan kematian?

Figura terkemuka dunia berkenaan menyatakan bahawa tiada penguatkuasaan undang-undang yang dikenakan terhadap matawang kripto boleh mendatangkan kesan yang buruk. Matawang yang tidak dikawalselia oleh bank pusat akan membuka jalan mudah untuk kegiatan-kegiatan jenayah.

Selain itu, beliau menyifatkan matawang maya itu sebagai salah satu alternatif untuk menyokong tindakan yang menyalahi undang-undang. Contohnya, para penjenayah akan menggunakan pasaran matawang berkenaan yang tidak dikawalselia untuk terlibat dalam transaksi pasaran gelap seperti pengubahan wang haram, pembiayaan dana pengganas dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan mula bimbang kerana matawang kripto berpotensi untuk terlibat dalam pengubahan wang haram dan pembiayaan dana pengganas. Jadi, mereka menyedari akan kepentingan pengawalseliaan pasaran matawang tersebut atau penghapusannya.

Seterusnya, Bill Gates mendedahkan bahawa matawang kripto telah digunakan untuk membeli ubat secara atas talian tanpa penerangan doktor perubatan. Kegiatan ini akan menyebabkan kes penyalahgunaan ubat dan mengakibatkan kematian.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam menangani isu jenayah kewangan dan keganasan yang boleh didorong oleh kewujudan matawang kripto.

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Bill Gates telah dibidas oleh salah seorang penyokong matawang kripto. Beliau mengemukakan satu kenyataan bahawa penciptaan matawang tersebut disebabkan oleh insitusi kewangan kapitalis yang tidak lagi dipercayai.

Pelacarannya ditentang kuat sejak terjadinya krisis kewangan 2008 yang membabitkan konflik antara golongan pertengahan dan industri perbankan. Begitu juga dengan medium seperti Silk Road, Alphabay, pump and dump ICOs atau kegiatan jenayah yang berasaskan matawang kripto telah mencemarkan imej matawang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat