Ini Sebab Mengapa Data Inflasi AS Hari Ini Penting Untuk Trader

677

Matawang gergasi US dolar didagangkan sedikit berubah berbanding kebanyakan matawang utama pada sesi Asia ketika pasaran menumpukan perhatian kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada malam ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback sedikit susut dari paras ketinggian dua minggu dicapainya sebelum ini dengan didagangkan sekitar harga 92.62.

Para penganalisis menjangkakan inflasi teras tidak termasuk harga tenaga dan makanan, meningkat 0.3% pada bulan Ogos dari bulan Julai. Inflasi tahunan pula dilihat menurun sedikit kepada 4.2% daripada 4.3%.

Pertumbuhan inflasi harga pengguna secara keseluruhan dijangka sedikit perlahan dengan turun kepada 5.3% daripada 5.4%, menurut unjuran pasaran.

Bacaan inflasi ini akan diteliti dan dijadikan petunjuk mengenai garis masa pengurangan rangsangan oleh Federal Reserve (Fed).

Bank pusat AS akan mengadakan mesyuarat dasarnya minggu depan. The Wall Street Journal melaporkan pada hari Jumaat bahawa pegawai Fed mungkin akan mencari persetujuan untuk memulakan pembelian bon pada bulan November.

Sementara itu, Presiden Philadelphia Fed, Patrick Harker menjadi pembuat dasar terbaru yang menyatakan sokongannya untuk bank pusat mula melakukan pengurangan pada tahun ini.

Pergerakan terhad dalam pasangan matawang menyaksikan pelabur mengurangkan jangkaan untuk perubahan pasaran menjelang penerbitan data-data penting.

Matawang euro meraih sedikit keuntungan dari penyusutan US dolar pada sesi sebelum ini, untuk kembali diniagakan di atas paras harga 1.1800 pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat