Ini Sebab Mengapa Presiden Donald Trump Tidak Suka Matawang Crypto Facebook & Bitcoin!

1,462

Pada hari ini, presiden Donald Trump telah melancarkan kritikan ke atas matawang crypto termasuk matawang crypto yang ingin diterbitkan oleh Facebook iaitu Libra. Semalam, matawang crypto turut dikritik oleh Gabenor Bank Pusat, Jerome Powell dan kini datang dari Trump.

Trump meminta agar syarikat-syarikat yang terlibat dengan matawang crypto mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat mahupun yang telah digariskan oleh global. Menurut Trump hanya ada satu sahaja matawang rasmi di Amerika syarikat iaitu dolar Amerika Syarikat.

Tambah Trump, beliau bukanlah penggemar matawang crypto dan Bitcoin kerana ia bukanlah wang dan nilainya sangat volatile. Ditambah pula ia tidak ditambat dengan apa-apa.

Menurut Trump, jika Facebook dan syarikat lainnya ingin menjadi sebuah bank maka mereka haruslah mematuhi peraturan perbankan sama seperti bank lain.

Semalam Powell menegaskan bahawa penerbitan matawang crypto Libra masih lagi menimbulkan kekhuatiran tentang isu privasi, pengubahan wang haram, kestabilan kewangan dan keselamatan pengguna.

Walaupun mendapat kritikan daripada Trump, harga Bitcoin tidak banyak berubah. Pada ketika ini Bitcoin didagangkan pada harga $11,691 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat