Ini Sebab Mengapa UK Memberi Tumpuan Pada Perjanjian Perdagangan Baru Dengan Jepun!

402

UK dan Jepun akan memulakan rundingan perdagangan pada hari Selasa. Perjanjian perdagangan ini adalah bertujuan mencapai persetujuan mengenai perjanjian perdagangan pasca-Brexit.

Rundingan tersebut bermatlamatkan untuk menggantikan perjanjian yang sedang berlangsung antara UK dengan Jepun melalui Kesatuan Eropah. Tanpa perjanjian baru pada 1 Januari 2021, kedua-dua negara akan menggunakan syarat perdagangan Organisasi Perdagangan Dunia.

Setelah berpuluhan tahun UK berkongsi dasar perdagangannya dengan Kesatuan Eropah, UK kini berhasrat untuk memulakan rundingan perdagangan bebas dengan negara-negara di seluruh dunia.

Pada bulan lalu UK telah mengumumkan rundingan rasmi dengan Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama juga berharap dapat mencapai perjanjian perdagangan dengan EU pada akhir tahun ini.

Perbincangan dengan Jepun akan diadakan melalui pautan video pada peringkat awal. Perbincangan ini bakal melibatkan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Inggeris Liz Truss dan Menteri Luar Negeri Jepun Toshimitsu Motegi.

Truss mengatakan bahawa beliau berharap perjanjian baru antara UK-Jepun dapat dimentarai kerana perjanjian perdagangan bebas ini adalah lebih komprehensif berbanding perjanjian sekarang. Dalam masa yang sama perjanjian ini akan membuka lebih banyak peluang untuk sektor perniagaan dan individu di setiap wilayah. Dalam masa yang sama ia juga dapat membantu meningkatkan ekonomi UK yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan, pada tahun lepas. perdagangan antara kedua-dua negara adalah berjumlah £ 31.4bn, dengan sebanyak 9,500 perniagaan yang berpangkalan di UK telah mengeksport barangan ke Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat