Ini Sebab Sentimen Terhadap USD Suram Walaupun Laporan NFP Lebih Baik

373

Beberapa data ekonomi yang lemah minggu lalu telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan, namun ia mula reda apabila laporan pekerjaan NFP pada hujung minggu mencatatkan pertumbuhan sederhana dan kadar pengangguran jatuh kepada 3.5% ke tahap terendah hampir 50 tahun.

Matawang USD kembali melonjak sebaik sahaja laporan pekerjaan dikeluarkan namun, berbeza pula pada pembukaan minggu ini matawang USD mula menyusut dipengaruhi oleh sentimen pasaran awal minggu ini.

Bagaimanapun, ia tetap tidak mengubah jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan kadar faedah dalam mesyuarat seterusnya pada 29-30 Oktober untuk meransang ekonomi.

Sentimen terhadap dolar semakin kelam dipengaruhi oleh prospek AS yang tidak menentu iaitu salah satunya disebabkan oleh kes siasatan Presiden Donald Trump apabila ‘whistle-blower’ kedua telah tampil dengan kenyataan bahawa dia lebih mengetahui mengenai tuduhan terhadap Trump. Ini boleh mencetuskan beberapa risiko di pembukaan mingguan.

Selain itu, melalui perkembangan rundingan dagangan terbaru China mahu mengecilkan skop perbincangan perdagangan dan isyarat yang menunjukkan keengganan untuk memeterai perjanjian oleh AS telah mendorong penyusutan dalam dolar dan sedikit kenaikan dalam dagangan yen.

Rundingan perdagangan AS dan China akan disambung semula pada Khamis dan Jumaat ini yang melibatkan pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Liu He dengan Wakil Perdagangan AS Robert Lightzier dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin di Washington.

Sementara itu perkembangan di Britain, Brexit memberi kesan kepada pound untuk terus lemah berbanding USD dengan Presiden Parlimen Kesatuan Eropah (EU) Donald Tusk menolak pelan cadangan oleh PM UK Boris Johnson mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Ireland juga menolak perjanjian itu kerana ia melibatkan sempadan pulau negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat