Ini Sebab Utama Kenapa Ucapan Janet Yellen Buatkan Pasaran Kripto Bergolak!

1,645

Komen Janet Yellen pada awal pagi ini telah menukar arus pergerakan pasaran apabila Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen yang memberitahu bahawa kadar faedah perlu dinaikkan untuk memastikan ekonomi tidak ‘overheat.

Kenyataan beliau ini dapat ditafsirkan sebagai indikasi bahawa pentadbiran Joe Biden berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah sebagai cara untuk menyelamatkan ekonomi setelah berlakunya ketidakseimbangan yang disebabkan langkah-langkah untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Susulan kenyataan itu, indeks pasaran saham telah pun terkesan akibat sentimen berisiko, susut lebih rendah dan memacu lonjakan hasil bon AS serta dolar greenback. Dalam masa yang sama, pasaran kripto turut berhadapan dengan tekanan.

Antara yang menghantar pasaran kripto ke lautan merah ialah kenyataan Yellen yang menjelaskan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk mengalokasikan semula beberapa pelaburan dan mengubah beberapa dasar, sambil menambahkan bahawa kadar faedah dapat segera meningkat.

Secara amnya, apabila kadar faedah naik, pelaburan dalam produk berpendapatan tetap menjadi lebih menarik.Di samping itu ramai yang lebih memilih pelaburan mainstream.

Pasaran kripto jatuh dari hampir $ 2.3 trilion menjadi $ 2.1 trilion dalam dua jam. Setelah sedikit pemulihan, ia kini berada di zon $ 2.2 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat