Ini Sentimen Matawang Utama Menjelang Pembukaan Sesi Pasaran Eropah

290

Sesi dagangan Asia pada Selasa memaparkan pergerakan pasaran yang lebih tenang selepas ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China dijernihkan dengan komen optimis Presiden AS Donald Trump bahawa rundingan akan diteruskan dalam masa yang terdekat.

Perkembangan positif perjanjian perdagangan Jepun bersama Amerika Syarikat turut menjadi faktor mendorong peningkatan pada dagangan Yen pada sesi Asia hari ini.

Menteri Ekonomi Jepun, Toshitmitsu Motegi menyatakan Jepun dan Amerika Syarikat telah bersetuju untuk mewujudkan satu perjanjian yang seimbang.

Di bawah perjanjian, Tokyo membuat konsesi ke atas sektor pertanian manakala Washington pula menangguhkan kenaikan terhadap tarif auto semasa terhadap kereta import dari Jepun sementara rundingan terus berjalan.

Matawang antipodean pada sesi Asia pula mencatatkan penurunan walaupun dolar USD sedikit lemah dan data keuntungan perindustrian China memaparkan bacaan yang meningkat.

Dolar Australia menunjukkan penurunan sejak awal sesi bermula ekoran Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle mengeluarkan kenyataan bernada dovish terhadap penetapan kadar faedah di Australia.

Sementara, dolar New Zealand pula terjejas ekoran faktor penjualan matawang Yuan yang dibebani harga minyak mentah yang positif.

Gabenor bank pusat New Zealand, Adrian Orr telah menyatakan bahawa keputusan terbaru untuk pengumuman penurunan kadar sehingga 50 mata asas atau 0.50% adalah didorong oleh kebimbangan terhadap ekonomi domestik.

Menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, kedua-dua matawang dolar Euro dan Pound Britain dijangka kekal berisiko berdepan ketidaktentuan politik di Itali dan juga isu Brexit.

Bacaan akhir bagi pertumbuhan GDP di Jerman untuk suku kedua 2019 menguncup -0.1% menepati jangkaan pasaran dan juga kekal pada bacaan awal yang telah dikemaskini daripada angka pertumbuhan 0.4%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat