Ini Terjadi Pada USD Ketika Data Indeks PCE Diterbitkan!

627

Reaksi pergerakan bagi mata wang US dolar bercampur-campur ketika tumpuan diberikan kepada data indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York malam tadi.

Meneliti laporan, angka yang diterbitkan menepati ramalan untuk bulan Januari iaitu pada 0.4%, meningkat dari paras 0.1% pada bacaan sebelum ini yang telah dikemaskini.

US dolar dilihat melemah pada reaksi awal data diterbitkan, namun kembali paparkan pengukuhan menuju dagangan penghujung sesi.

Bacaan bagi komponen inflasi ini turut menjadi perhatian Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka.

Dengan angka terbaru yang meningkat ini kembali mengimbangi bacaan data pertumbuhan ekonomi AS yang diterbitkan pada Rabu lalu dengan bacaan yang suram.

Pelabur akan terus menghadam data-data yang diterbitkan dan menilai tindakan yang akan diambil oleh Fed untuk penetapan dasar mereka.

Langkah penurunan kadar faedah tetap dijangka berlaku tahun ini, namun jangkaan telah beralih kepada bulan Jun untuk langkah tersebut dilaksanakan.

Untuk penutup bagi dagangan minggu ini, sesi New York malam nanti akan menyajikan bacaan data tinjauan ISM sektor pembuatan AS untuk Februari.

Turut diterbitkan bersama adalah data tinjauan pengguna oleh Universiti Michigan yang dikemaskini.

Pergerakan US dolar di sesi-sesi akhir akan terus dipengaruhi oleh corak data yang diterbitkan dan spekulasi berkenaan penurunan kadar faedah Fed.

Mata wang utama lain akan mengalami tekanan pada dagangan penghujung minggu jika US dolar berjaya kekalkan pengukuhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat