Ini Top 7 Token Binance Chain Perlu Diberi Perhatian Pada Februari 2023!

305

“Pelabur kena ingat buat kajian dulu kalau nak melabur untuk apa-apa kripto.”

BNB Chain merupakan ekosistem DeFi paling terkenal yang mempunyai lebih 1,000 projek termasuk aset digitalnya tersendiri.

Rentetan itu, ini antara 7 token terbaik Binance BNB chain yang dilihat memiliki pasukan hebat dan volum dagangan tinggi dan berkemungkinan besar menjadi pilihan pelaburan pada bulan Februari 2023.

Binance Coin (BNB)

BNB adalah aset digital di BNB Chain yang telah popular sejak 2020 susulan membekalkan pelbagai utiliti kepada pelabur, di mana harganya canak 40% dalam tempoh 4 minggu lalu tetapi kini berlegar pada paras $312.30.

PancakeSwap

PancakeSwap didapati memiliki 4 juta pengguna secara bulanan dan platformnya dipercayai mempunyai keselamatan terjamin kerana tidak pernah digodam. Pada masa ini, harga aset digital itu berada pada zon $4.02.

Chainlink (LINK)

Rangkaian LINK ialah melalui rangkaian oracle* yang digunakan secara meluas untuk menjana kontrak pintar hibrid. Sehingga kini harganya berada pada paras $6.94 dalam tempoh 24 jam lalu.

Baby Doge Coin

Baby Doge Coin telah dilancarkan pada 2021 dengan mengeluarkan bekalan terhad sebanyak 420 kuadrilion dan 5% daripada setiap transaksi pada ekosistemnya akan dibayar secara automatik kepada pemegang.

Venus

Venus adalah platform DeFi yang menawarkan perkhidmatan pinjaman decentralized kepada pemberi pinjaman kripto dan harganya dijangka akan lonjak dalam jangka panjang. Pada masa ini, harga aset digital itu pada zon $4.93

Swipe

Swipe merupakan wallet kripto yang memudahkan pertukaran mata wang fiat pada transaksi dan platform dagangan berbeza. Aset digital itu dikatakan berpotensi ekoran mempunyai perkembangan ekosistem. Setakat ini, harganya berlegar pada $0.2743.

CryptoBlades

CryptoBlades adalah permainan play-to-earn (P2E) yang menawarkan ganjaran dan kripto kepada pemain atas usahanya dalam permainan itu. Sehingga pada masa ini, CryptoBlades mencapai paras harga $0.9801.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat