Ini Yang Berlaku Pada Emas Menuju Hujung Minggu

1,131

Harga emas kekal stabil di paras ketinggian satu bulan menuju dagangan penghujung minggu, masih disokong oleh data inflasi dan ketegangan yang semakin meningkat di Ukraine.

Pada sesi Asia, spot emas diperdagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $1,973 per auns, manakalan niaga hadapan emas pula stabil pada $1,972 per auns.

Dagangan logam berharga kuning itu ditetapkan untuk kenaikan minggu kedua berturut-turut kerana risiko inflasi dan ketidaktentuan geopolitik mengimbangi kebimbangan pelabur emas terhadap kenaikan kadar faedah yang akan berlaku oleh Federal Reserve (Fed).

Walaupun US dolar mengukuh tetapi harga pengguna tahunan Amerika Syarikat yang mencecah paras tertinggi terbaharu 40 tahun pada Mac membantu meningkatkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai inflasi.

Di sisi lain, ketegangan semakin memuncak selepas Ukraine mendakwa mereka telah menembak kapal perang Rusia, Moskva pada hari Rabu.

Meskipun tiada yang terkorban tetapi ia dikhuatiri akan membangkitkan lagi serangan dari Rusia sebagai tindak balas kepada kejadian tersebut.

Pada masa yang sama, Presiden AS Joe Biden juga mengumumkan tambahan $800 juta dalam bantuan kepada Ukraine, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa perang akan berterusan dan memberi kesan kepada ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat