Ini Yang Sedang Berlaku Pada Mata Wang Utama Dalam Pasaran!

568

US dolar paparkan pergerakan suram di sesi New York semalam apabila kehilangan momentum pengukuhan sebelumnya ketika pasaran menyaksikan penurunan semula pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) selain pergerakan saham di Wall Street yang berubah positif.

Dengan ketiadaan data ekonomi tumpuan pada hari ini (Rabu), pelabur bakal memberikan perhatian kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam sebuah acara di Washington DC.

Petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari masih lagi didahagakan oleh para pelabur berikutan pada mesyuarat FOMC minggu lalu, Powell tidak memberi isyarat berkenaan kenaikan kadar faedah pada Disember.

Tambahan pula, sentimen bertukar apabila pasaran meneliti laporan pekerjaan NFP AS yang diterbitkan pada Jumaat lepas.

Menurut pegawai Fed, keputusan dasar monetari selanjutnya akan ditentukan berdasar data-data ekonomi terbaru yang muncul.

Mata wang Euro didagangkan suram di sesi Eropah semalam susulan terbitan data pengeluaran perindustrian Jerman yang merosot untuk bulan September.

Pound Sterling kekal suram sejak pembukaan dagangan awal minggu dengan ucapan Gabenor Andrew Bailey di Dublin turut akan diberikan tumpuan pada sesi Eropah sebentar lagi.

Dolar Australia pamer prestasi mengecewakan semalam walaupun Reserve Bank of Australia (RBA) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi terbaru, namun kenyataan susulan dilihat bernada dovish.

Dolar Kanada turut berada dalam kelompok mata wang yang suram semalam apabila berlaku penyusutan nilai yang ketara berikutan terkesan oleh faktor kejatuhan harga minyak mentah global.

Harga minyak mentah WTI terperosok rendah ke paras $76.40 setong manakala minyak Brent menjunam ke sekitar paras $81.20 setong setakat sesi Asia pagi ini.

Dagangan emas juga pamer prestasi buruk sejak awal minggu selepas harga jatuh dari paras ketinggian $2,000 dan sehingga semalam, harga emas mencecah sekitar $1,957.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat