Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah Apabila Washington Mengenakan Sekatan Terhadap Tehran!

35

Harga minyak meningkat pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap sekatan baru di Iran yang bakal menjejaskan bekalan minyak mentah. Namun begitu, sentimen ini dihadkan disebabkan tanda-tanda peningkatan terhadap pengeluaran AS.

Ketegangan hubungan di antara Tehran dan Washington mula meningkat sejak ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini telah menyebabkan pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan sekatan terhadap individu dan entiti tersebut.

Brent mentah iaitu penanda aras antarabangsa diniagakan pada $56.86 setong, meningkat sebanyak 5 sen dari sebelum ini.

Dalam masa yang sama, WTI mentah turut didagang meningkat dalam sesi ini.

Menurut ANZ Bank pada Isnin, langkah mengenakan sekatan yang diambil ke atas Iran tidak menganggu bekalan buat masa ini.

Hal ini kerana bekalan minyak mentah telah diimbangi dengan satu lagi kenaikan kukuh yang dilaporkan dari pelantar minyak mentah Amerika Syarikat sebelum ini.

Syarikat tenaga di AS melaporkan bahawa pelantar minyak telah meningkat buat minggu ke 13 berturut-turut dan dikatakan bakal mengganggu keputusan perjanjian yang telah dipersetujui oleh OPEC untuk memotong jumlah bekalan minyak mentah.

Pelantar di AS telah menyaksikan peningkatan sebanyak 17 buah pelantar bagi minggu lepas menjadikan jumlah kiraan semasa adalah sebanyak 583 buah.

Adakah Kejatuhan Sterling Hanya Mendatangkan Kesan Positif Buat Pengeksport UK?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat