Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Hartanah UK Selepas Pilihan Raya Umum!

271

Pilihan raya umum yang berlangsung pada Disember lepas telah berjaya menetapkan arah tuju politik negara UK dan telah menghilangkan beberapa ketidakpastian yang dihadapai pada tahun 2019. Ramai pihak yang meneliti kesan terhadap ekonomi selepas pilihan raya umum berlangsung melalui indikator-indikator ekonomi antaranya ialah harga hartanah.

Harga rumah di negara UK dilaporkan mencatat peningkatan tertinggi dalam mana-mana bulan Januari sebelum ini dan hal ini menunjukkan kemenangan parti Konservatif pada bulan Disember telah meningkatkan keyakinan para penduduk UK.

Berdasarkan laporan Rightmove, harga rumah telah meningkat sebanyak 2.3% pada bulan Januari kepada purata $400,000. Di kota London, harga rumah telah meningkat sebanyak 2.1% daripada bulan Disember dan ini secara tidak langsung terdapat tanda bahawa trend menurun yang dicatat sejak tahun 2016 akan ditamatkan.

Menurut pengurus Rightmove, data menunjukkan permintaan terhadap hartanah akan melonjak kembali. Walaubagaimana dalam masa yang sama berkemungkinan terdapat perubahan berikutan Brexit dan ini merupakan peluang bagi para penjual untuk menjual hartanah mereka dipasaran.

Kemenangan Perdana Menteri Boris Johnson pada bulan Disember memberikan beberapa kejelasan mengenai hubungan U.K. dengan Kesatuan Eropah, walaubagaimanapun masih terdapat banyak persoalan mengenai prospek jangka panjang yang belum terjawab. Para pakar kini masih meragui adakah perjanjian perdagangan bebas baru boleh dimenterai dalam tempoh singkat yang ditetapkan oleh Boris Johson atau tidak. Johnson telah menolak apa-apa lanjutan perjanjian selepas tahun 2020 dan ini membawa maksud hanya ada 11 bulan untuk segala-galanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat