Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Minyak Setelah Data API Dikeluarkan

280

Pengukuhan dagangan komoditi hitam diteruskan pada hari Rabu selepas mendapat sokongan daripada data yang menunjukkan permintaan minyak mentah di Amerika Syarikat terus meningkat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada sekitar harga $75.80 setong, sedikit susut daripada paras $76 yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula menguat pada $78.90 setong, iaitu di tahap tertinggi satu bulan.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah AS dilaporkan jatuh sebanyak 3.1 juta tong pada minggu lepas, walaupun sedikit tersasar dari jangkaan untuk penurunan sekitar 3.2 juta tong.

Menurut laporan daripada API lagi, stok petrol dilaporkan meningkat sebanyak 319,000 tong, manakala inventori penyulingan pula menurun 716,000 tong pada minggu lalu.

Ini menunjukkan permintaan minyak mentah yang berterusan di AS walaupun berdepan dengan ancaman terbaru daripada varian Omicron.

Pelabur kini menantikan mesyuarat OPEC+ pada 4 Januari, di mana persatuan itu akan memutuskan sama ada untuk meneruskan peningkatan pengeluaran yang dirancang sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat