Inilah Yang Menggoncang Pasaran Wall Street, Dorong Junaman US30!

411

Indeks saham utama Amerika Syarikat jatuh mendadak pada sesi New York susulan kebimbangan yang meluas dalam sektor perbankan serantau.

Setiap saham dalam Perbankan Serantau SPDR S&P didagangkan rendah selepas kehilangan lebih 8%, manakala indeks menurun sebanyak 41% sejak permulaan 2023.

Antara saham yang paling ketara menyusut adalah Western Alliance yang kehilangan hampir 70% pada pertengahan dagangan sesi susulan laporan kemungkinan bank itu sedang mencari pembeli.

Namun, kerugian yang dicatatkan kembali berkurangan selepas bank itu mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.

Penyusutan ketara turut dilihat dalam saham PacWest yang menjunam lebih 50% selepas Los Angeles PacWest mendedahkan ia sedang meneroka semua pilihan strategik termasuk kemungkinan penjualan.

Ketidaktentuan ini telah mendorong indeks-indeks utama Wall Street untuk ditutup negatif, di mana Dow Jones Industrial susut 0.86% kepada 33,127.75.

Sementara S&P 500 pula jatuh 0.7% kepada 4,061.23 dan Nasdaq Composite turun 0.37% kepada 12,982.48.

Indeks US30 pula yang sebelum ini menjunam rendah, sedikit bangkit pada sesi Asia untuk berada pada sekitar paras 33,189.

Kejatuhan dalam Dow Jones berpunca daripada kelemahan dalam harga saham Boeing, Disney, Goldman Sachs dan American Express yang meletakkan indeksnya jatuh ke wilayah negatif.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat