Instagram Down, Aplikasi dan Web Tidak Dapat Diakses

768

Laman perkongsian gambar terbesar dunia Instagram nampaknya mengalami masalah sekitar pukul 3 petang pada Rabu.

Selepas seminggu kedua-dua pengasas Instagram meletak jawatan daripada Facebook, dan hanya sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif yang baru diperkenalkan, nampaknya aplikasi tersebut mengalami masalah dan gagal dibuka menurut beberapa laman berita antarabangsa termasuk Business Insider.

Laporan pertama sekali diterima dari Australia sekitar pukul 3 petang waktu Malaysia. Selain itu pengguna di beberapa negara lain turut terkesan termasuk Jepun, India, Amerika dan Eropah.

Sebelum ini Facebook dilaporkan telah digodam pada minggu lalu yang memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Eropah. Tetapi dalam kes Instagram, belum dapat dipastikan sama ada ia digodam atau sebaliknya.

Laman web syarikat tersebut tidak menunjukkan apa-apa kecuali “5xx Server Error”. Manakala aplikasi Instagram pula menunjukkan ayat seperti berikut, “We’re sorry, but something went wrong”.

Baru sahaja kelmarin CEO baru Adam Mosseri diperkenalkan yang mana berikutan peletakan jawatan kedua-dua pengasas Instagram Mike Krieger dan Kevin Systrom pada 25 September.

Hal itu berikutan ketegangan yang berlaku antara mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkaitan halatuju produk. Kevin Systrom dan Mike Krieger yang telah bersama syarikat sejak sebelum Instagram bergabung dengan Facebook pada 2012 kecewa dengan penglibatan Zuckerberg yang dianggap lebih banyak menggunakan Instagram untuk perkembangan Facebook.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat