Federal Reserve telah mengekalkan interest rate setelah diadakan mesyuarat FOMC 2 pagi semalam.
Dengan undian 9-1, FOMC meletakkan benchmark mereka tidak berubah, mengekalkan antara 0.25 dan 0.50%.
Kenyataan dasar kewangan semalam menunjukkan risiko ekonomi jangka masa pendek telah semakin menghilang dan aktiviti ekonomi dilihat berkembang dengan sederharna.
Mereka juga menyatakan perkerjaan semakin meningkat dan perbelanjaan isi rumah juga meningkat dengan positif.
Fed juga mengeluarkan kenyataan akan memantau dengan lebih dekat data inflasi dan perkembangan ekonomi dan kewangan, dan dijangkan tiada kejutan yang boleh mengubah laluan ekonomi buat masa ini.
FOMC seterusnya adalah pada 20-21 September.