INTRADAY Terbit Filem NFT Pertama Di Asia Tenggara!

1,683

INTRADAY buat julung kalinya telah melakar sejarah dengan menerbitkan sebuah filem NFT pertama di Asia Tenggara yang diberi judul ‘ROMPAK’.

Filem yang bakal dibintangi oleh Zizan Razak, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Siti Khadijah Halim, Chubb E, Aziz M. Osman dan ramai lagi bakal menjadi karya filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT (Non-Fungible Token).

Filem yang diterbitkan secara bersama dengan syarikat produksi 4ward Pictures telah melangsungkan majlis pelancaran di The Westin Kuala Lumpur pada 3 petang semalam (Rabu) dengan dihadiri barisan penerbit dan pelakon utama yang terlibat dalam menjayakan filem ROMPAK ini.

Sesuai dengan arus teknologi dunia masakini, permintaan terhadap karya seni dalam bentuk NFT semakin meningkat naik dan penggunaan teknologi berasaskan ‘blockchain’ ini semakin mendapat perhatian ramai termasuk selebriti-selebriti dan jenama terkemuka di dunia.

Melalui teknologi NFT, sesuatu karya digital yang telah direkodkan di dalam blockchain dapat membantu pengguna untuk mengesahkan ketulenan sesuatu karya dan dalam masa yang sama menentukan hakmilik karya tersebut.

Apa yang lebih menarik, pemegang NFT bebas untuk menjual pemilikan mereka dan pencipta karya akan terus mendapat imbuhan royalti setiap kali penjualan berlangsung. Setiap urusniaga pemindahan milik akan direkodkan dan boleh disemak pada bila-bila masa di dalam sistem blockchain.

Menurut pengasas dan CEO Intraday, Moshed Mohamad, ramai masih kurang arif dengan teknologi baharu NFT ini dan pengenalan terhadap teknologi NFT dalam filem ‘Rompak’ merupakan antara pendekatan berkesan dalam usaha mendidik masyarakat Malaysia untuk memahami dan memanfaatkan teknologi ini.

Sesi wawancara bersama CEO INTRADAY, Moshed Mohamad:

Ramai lebih mengenali NFT sebagai karya gambar digital sebagai koleksi peribadi namun NFT sebenarnya mempunyai penggunaan yang lebih meluas dan ini mendorong INTRADAY untuk memperkenalkan projek filem dengan NFT utiliti penggunaan secara terus supaya lebih cepat difahami dan diserap masyarakat Malaysia.

Bagi filem ‘Rompak’, teknologi NFT dimanfaatkan bagi membolehkan pelabur-pelabur NFT Malaysia turut sama dalam sebuah komuniti untuk mendokong pihak penerbitan filem ini dan dalam masa sama menerima pelbagai faedah seperti royalti keuntungan filem, airdrop projek seterusnya, akses kepada visual di sebalik tabir filem, foto-foto eksklusif, manfaat turut serta dalam proses pembikinan filem, kuasa memilih projek seterusnya (pemilihan cerita, pelakon dan storyline) dan manfaat-manfaat lain yang sedang dimuktamadkan.

NFT boleh dijadikan dalam banyak bentuk karya samada gambar, muzik, games, tiket dan lain-lain. Antara yang paling popular ketika ini karya lukisan digital yang banyak dijual di platform-platform penjualan terkenal seperti Opensea.

NFT menjadi fenomena pada masa kini kerana keupayaan teknologi kontrak pintar atau ‘smart contract’ pada NFT boleh dimanfaatkan untuk membolehkan pengkarya berkongsi pendapatan bersama peminat yang menjadi pemilik awal karya NFT mereka. Selain sistem royalti yang berkesan, aset NFT juga memberi pulangan lumayan yang menguntungkan untuk sesuatu jangka masa tertentu kerana sifatnya yang unik dan tidak boleh ditukar ganti antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, pemilik NFT juga turut akan berada dalam komuniti tersendiri untuk beraktiviti di samping memperluaskan lagi jaringan sosial mereka.

Filem ini dijangka memulakan penggambaran pada Februari 2022 dan akan ditayangkan di Astro First pada Jun 2022.

Bagi peminat serta sesiapa yang ingin mendapatkan NFT telefilem ‘Rompak’, anda boleh dapatkannya menerusi laman intradaynft.io bermula 22 Februari ini. Jika anda ingin turut serta dalam komuniti NFT INTRADAY anda boleh join channel Telegram ini. 

Anda boleh tonton majlis pelancaran filem ROMPAK pada pautan video di bawah:

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat