IPO Terbesar 2023! Arm Sedia Dilancarkan Pada Harga $51 Sesaham

478

Arm Holdings, pereka cip yang membekalkan teknologi teras kepada syarikat termasuk Apple dan Nvidia, meletakkan harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada $51 sesaham.

Ia merupakan IPO terbesar tahun ini dengan memberikan syarikat itu penilaian $54.5 bilion.

Arm yang berpangkalan di UK, menyediakan reka bentuk cip kepada pelbagai pengeluar semikonduktor, di mana teknologinya digunakan dalam 99% pemproses mudah alih di seluruh dunia.

Ia juga mempunyai banyak ‘pelanggan’ yang penting, termasuk Apple, Google, Nvidia, Samsung, AMD, Intel dan Syarikat Pembuatan Semikonduktor Taiwan (TSMC).

Syarikat itu berkata dalam kenyataan akhbar bahawa ia akan mula didagangkan pada hari Khamis di bawah simbol ARM.

Ia menyenaraikan sekurang-kurangnya 95.5 juta saham depositori Amerika di Nasdaq, dan pemiliknya, Softbank akan mengawal kira-kira 90% saham outstanding syarikat itu.

Softbank Group telah mengambil alih syarikat persendirian itu pada tahun 2016 dengan nilai $32 bilion.

Ketika dunia masih lagi dalam gelombang kecerdasan buatan (AI), Arm turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai dunia teknologi baharu itu.

Dalam pembentangan kepada pelabur, pegawai Arm berkata syarikat itu mempunyai ruang untuk berkembang melangkaui telefon pintar dan mahu mereka bentuk lebih banyak cip untuk pusat data dan aplikasi AI.

Syarikat itu menjangkakan jumlah pasaran untuk reka bentuk cip bernilai kira-kira $250 bilion menjelang 2025.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat