Isu Kadar Faedah! ECB Panetta Nyatakan Amaran Kepada ECB

138

Fabio Panetta, Gabenor Bank of Italy yang baru, memberi amaran kepada hari Khamis bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) seharusnya tidak melakukan “kerosakan yang tidak perlu” kepada ekonomi dan stabiliti kewangan melalui kadar faedah yang tinggi secara berterusan.

Panetta, seorang ahli majlis pengarah ECB, menambah bahawa siri pengetatan monetari yang melibatkan sepuluh kali kenaikan kadar berturut-turut sehingga September belum menunjukkan impak yang diharapkan dan dalam masa yang sama ia memberi kesan kepada permintaan pada masa hadapan.

Dalam ucapan awam pertamanya sejak menjadi ketua bank pusat Itali, Panetta memperingatkan bahawa ekonomi Kesatuan Eropah akan tetap lemah dalam tiga bulan terakhir tahun ini dan risiko untuk ekonomi menurun ke bawah.

“Kita perlu mengelakkan kerosakan yang tidak perlu kepada aktiviti ekonomi dan risiko kepada stabiliti kewangan, yang pada akhirnya akan membahayakan kestabilan harga,” kata Panetta, berbicara mengenai dasar kadar faedah.

ECB telah meningkatkan kadar faedah deposit utamanya kepada rekod tinggi sebanyak 4% tahun ini untuk mengekang pertumbuhan harga, namun dalam masa yang sama telah memberikan isyarat dasar yang stabil untuk beberapa suku akan datang. Pasaran telah mula menaruh harapan terhadap pengurangan kadar faedah pertama, dengan langkah tersebut dijangka akan diambil seawal  April atau Jun.

Disisi lain, Inflasi di Kesatuan Eropah turun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan ini, berdasarkan angka yang dikeluarkan pada hari ini yang kemungkinan akan memperkukuhakan pertaruhan pengurangan kadar faedah sebagai tindak balas kepada arahan yang jelas dari bank ECB.

Panetta bahawa penurunan inflasi yang cepat dapat membolehkan ECB menghentikan fasa kadar yang tinggi sekarang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat