Isu Matawang Hanya Layak dibincangkan Oleh Menteri Kewangan : Taro Aso

68

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata pada Khamis bahawa beliau telah mencapai kata sepakat dengan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin bahawa isu matawang hanya akan dibincangkan oleh Menteri Kewangan di antara kedua-dua negara.

Trump sebelum ini berkata dalam satu wawancara bahawa US Dollar berada di dalam landasan yang terlalu kuat dan menyifatkan bahawa kadar faedah yang rendah adalah lebih baik buat perniagaan AS di luar negara. Mengulas kenyataan terbabit, Mnuchin menjelaskan bahawa komen Trump itu bukan sengaja dikeluarkan bagi meletakkan US Dollar ditahap terendah memandangkan US Dollar telah memberi tindak balas negatif sebaik sahaja Trump memberi komen terbabit.

Aso pula mengatakan bahawa beliau tidak melihat kenyataan Trump tersebut sebagai satu masalah selepas mendapat penjelasan Mnuchin.

Aso dan Mnuchin mengadakan pertemuan di luar mesyuarat pemimpin kewangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington.

Pasaran Minyak Global Mula Meragui Keberkesanan Perjanjian Pembekuan Bekalan Oleh OPEC

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat