Isu Ukraine-Rusia Terus Panas! Tapi Kenapa USD Diam Je?

1,245

Pertikaian Ukraine-Rusia terus membelenggu sentimen pasaran dan melonjakkan permintaan terhadap safe-haven menuju dagangan penghujung minggu.

Kebanyakan mata wang utama dilihat kekal stabil selepas kedua-dua negara saling menunding jari mengenai isu serangan yang berlaku di wilayah Donbass pada Khamis.

Pasaran sebelum ini menganggap krisis ini telah selesai selepas Rusia mengatakan pengunduran tenteranya dari sempadan Ukraine, tetapi Amerika Syarikat dan negara Barat lain mengatakan ia adalah palsu dan Moscow sebenarnya sedang bersiap sedia untuk menyerang.

Mengikuti perkembangan terbaru isu ini, Rusia dilaporkan telah menghalau Timbalan Duta Besar Amerika ke Rusia untuk keluar daripada negara itu dan menuduh AS mengabaikan tuntutan keselamatannya.

Tambahan daripada itu, Setiausaha Pertahanan AS melaporkan bahawa tentera Rusia sedang bergerak menghampiri sempadan Ukraine.

Ketidaktentuan ini membuatkan pasaran terus berwaspada dengan mempamerkan pergerakan mata wang yang terbatas di sekitar paras harga yang sama.

US dolar didagangkan mendatar walaupun permintaan terhadap aset safe-haven lain meningkat. Bacaan terbaru data tuntutan pengangguran AS yang meningkat pada minggu lalu menambah faktor untuk membataskan pergerakan greenback.

Sementara itu, euro juga didagangkan mendatar dan poun sedikit lebih kukuh ketika pelabur terus menantikan perkembangan mengenai isu Ukraine-Rusia. Data jualan runcit UK pada sesi Eropah akan dijadikan tumpuan pelabur pound.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat