Isyarat ‘Bullish’ Lebih Jelas Jika GBP/USD Berjaya Tembus Zon $1.1600

184

Penutupan sesi dagangan minggu lalu telah menyaksikan US dolar bergerak lemah lalu memberikan ruang kepada mata wang utama yang lain untuk mengaut keuntungan dalam pasaran termasuk Pound.

Situasi tersebut dijangkakan berterusan ekoran pelabur berwaspada terhadap tumpuan data CPI Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam esok (Selasa) yang diramalkan bakal menyusut ke paras yang lebih rendah untuk bulan Ogos berbanding Julai.

Mata wang Pound pula bakal dipengaruhi oleh terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) United Kingdom (UK) pada awal pembukaan sesi dagangan Eropah sebentar lagi yang dijangka positif dan boleh menyokong Pound untuk meneruskan lagi pengukuhan di awal minggu ini.

Selain itu, pelabur juga menantikan terbitan laporan data pekerjaan UK serta data inflasi UK pada pertengahan minggu sementara mesyuarat polisi bank pusat England pula ditunda pada minggu hadapan ekoran peristiwa kematian Ratu Elizabeth.

Kadar inflasi UK yang diramalkan kekal pada paras tertinggi 40 tahun dijangka akan mendorong Bank Of England (BOE) lebih agresif meneruskan lagi peningkatan kadar faedah pada mesyurat minggu hadapan.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu, harga yang berjaya paparkan lonjakan pada Jumaat telah mencatatkan peningkatan harian sekitar 150 pips untuk menutup dagangan di zon rintangan 1.16500.

Namun harga susut semula di bawah 1.16000 pada sesi terakhir minggu tersebut ke paras sekitar 1.15500 sebelum menutup dagangan di sekitar 1.16000.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini, harga terlihat dibuka lebih tinggi sedikit sekitar 30 pips  berbanding paras penutupan harga minggu lalu, namun kembali sedikit susut berlegar di zon 1.16000.

Pelabur masih menilai pergerakan harga dalam trend bullish di mana harga kekal berada di atas paras sokongan harga Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta pasangan GBP/USD bersambung ke minggu ini.

Sekiranya harga berjaya mengekalkan momentum pengukuhan tersebut, harga yang melepasi rintangan 1.16500 dijangka akan menuju ke zon support become resistance (SBR) 1.17600-1.18000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Ogos lalu.

Harga yang berjaya menembusi zon SBR tersebut akan mensasarkan pula pada zon tumpuan 1.18800 yang pernah di uji harga ketika acara perhimpunan di Jackson Hole lalu, namun harga gagal untuk menembusinya.

Sebaliknya jika berlaku penyusutan semula selepas harga gagal melepasi rintangan 1.16500, paras sokongan MA50 bakal diuji sebelum memberi isyarat perubahan trend pada carta harga.

Penurunan yang dilanjutkan akan kembali menuju semula ke zon support 1.14500-1.1400 yang dicecah minggu lalu dan merekodkan paras terendah sejak tahun 1985.

Penurunan lebih rendah melepasi zon support tersebut berkemungkinan akan mensasarkan pada 1.13000 atau 1.12000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru bagi tempoh 37 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat