Isyarat Perang Rusia-Ukraine Pacu Emas Lebih Tinggi!

1,102

Logam kuning emas melanjutkan kenaikan lebih tinggi pada sesi Asia dengan terus bertindak sebagai aset selamat (safe-haven) di tengah ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine yang semakin meningkat.

Pada masa ini, masih belum ada penyelesaian diplomatik antara kedua-dua negara itu dan Ukraine dilihat sudah bersedia untuk menerima serangan daripada Rusia yang dikatakan oleh media-media Barat bahawa mereka akan mula menyerang pada 16 Februari.

Meskipun spekulasi ini hanya dibuat oleh negara-negara Barat dan Ukraine sendiri tidak menjangkakannya, tetapi mereka tetap bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Hal ini membuatkan para pelabur lebih berhati-hati dengan terus meningkatkan pegangan terhadap aset safe-haven.

Emas biasanya dianggap sebagai lindung nilai terhadap konflik geopolitik dan ketegangan yang semakin hangat di Ukraine telah membawa dagangan logam berharga itu lebih tinggi.

Pada sesi Asia, harga emas didagangkan pada sekitar harga $1,871 per auns, kukuh di paras tertinggi sejak November. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,82 per auns.

Turut menyokong dagangan komoditi itu adalah penurunan yang dipamerkan hasil perbendaharaan AS 10 tahun dari puncak tertinggi 2 tahun, sekali gus mengurangkan kos peluang untuk memegang emas tanpa faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat