Harga minyak melanjutkan kenaikan ke paras tertinggi baharu 10 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap bekalan global yang lebih ketat.
Sesi Asia melihatkan niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat pada $92.20 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula mengukuh pada $89 setong.
Kedua-dua penanda aras melonjak hampir 2% pada hari Selasa untuk ditutup paras tertinggi sejak November 2022.
Terdapat kebimbangan baharu mengenai bekalan global susulan anggota OPEC, iaitu Libya menutup empat terminal eskport minyak akibat ribut yang melumpuhkan negara itu.
Dalam pada itu, OPEC berkata permintaan minyak global dijangka meningkat sebanyak 2.25 juta tong sehari pada 2024 dan meramalkan kekurangan 3.3 juta tong sehari pada suku keempat tahun ini.
Terdahulu, Arab Saudi dan Rusia telah mengumumkan lanjutan dalam pemotongan pengeluaran sukarela mereka sehingga akhir tahun.
Sementara itu, dari segi permintaan, data Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan inventori minyak mentah AS berkemungkinan meningkat 1.2 juta tong pada minggu lepas.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.