“Wow nampaknya Dorsey memang penyokong tegar BTC.”
Firma Block Inc diasaskan oleh Jack Dorsey yang melaporkan keuntungan kasarnya $1.87 bilion pada keputusan kewangan suku kedua 2023 telah mendedahkan bahawa $2.4 bilion daripada $5.5 bilion pendapatan bersihnya datang melalui Bitcoin (BTC).
Firma tersebut sebelum ini dikenali sebagai Square bukan sahaja telah menyaksikan peningkatan 34% dalam hasil BTC malah keuntungan kukuh pada suku kedua 2022.
Suka dimaklumkan juga bahawa pendapatan BTC untuk perniagaan Block Cash App adalah berjumlah $1.16 bilion iaitu pendakian 39% berbanding tempoh sama pada tahun 2022.
Peningkatan tahun ke tahun dalam hasil BTC dan keuntungan kasar didorong oleh lonjakan dalam kuantiti aset digital tersebut yang dijual kepada pelanggan di mana sebahagiannya pula adalah susulan daripada penurun harga pasaran purata BTC.
Selain itu, firma pembayaran Block yang merupakan tool popular untuk membeli ataupun menjual BTC turut tidak merekodkan kerugian nilai dalam pegangan BTC mereka yang pada masa ini berjumlah $245 juta.
Berbalik pada Block Cash App, aplikasi tersebut pada tahun lepas telah melaksanakan Layer-2 BTC iaitu Lightning Network untuk membenarkan pengguna membuat pembayaran kecil dan pantas melalui kripto.
Langkah berikut yang dilakukan oleh Dorsey telah menunjukkan betapa komitednya syarikat beliau bagi mendorong penggunaan BTC.
Pada bulan Jun, Bitkey disokong Dorsey telah melancarkan beta untuk wallet BTC yang akan membenarkan pengguna mengeluarkan BTC daripada wallet Coinbase dan Cash App mereka menggunakan “copy and paste”.