Jadi Pemegang Terbesar, Tether Labur $200 Juta Dalam Blackrock Neurotech!

165

“Lain macam langkah dilakukan Tether, bukan biasa-biasa tau.”

Demi menjadi pemegang kepentingan majoritinya, firma pengeluar stablecoin Tether baru-baru ini dikejutkan berita berhubung pelaburannya bernilai $200 juta ke dalam platform teknologi Brain-Computer-Interface (BCI) Blackrock Neurotech.

Pelaburan dalam Blackrock Neurotech diterajui oleh Tether Evo yang memfokuskan bagi mencipta masa depan di mana keupayaan manusia dan teknologi bergabung dalam cara yang tidak pernah lagi berlaku sebelum ini.

Suka dimaklumkan pelaburan Tether dalam Blackrock Neurotech akan membiayai pelancaran dan pengkomersilan penyelesaian perubatan firma yang sudah berjaya diuji ke atas lebih daripada 40 individu.

Bukan itu sahaja, pelaburan tersebut turut akan meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan Blackrock Neurotech bagi memastikannya kekal sebagai firma teknologi BCI yang terkemuka dari semasa ke semasa.

Dalam jangka panjang, firma itu berhasrat beri tumpuan pada evolusi manusia dan peningkatan spesies dengan wujudkan bridge antara otak dan pengkomputeran artificial intelligence (AI).

Diasaskan pada 2008, BlackRock Neurotech sebagai peneraju dalam bidang neurosains, kejuruteraan saraf dan ruang prostetik saraf telah bantu manusia yang terjejas disebabkan kelumpuhan dan gangguan neurologi yang menghalangnya daripada lihat, dengar, rasa, jalan atau bercakap.

Rentetan itu, ia membenarkan manusia kurang upaya menjalankan fungsi penting seperti melayari web, hantar mesej teks dan gerakkan kerusi dengan kuasa pemikirannya dan perlu diketahui seorang pesakitnya pada 2016 telah pukul bekas Presiden AS Barack Obama guna lengan robotik dikawal BCI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat