Jaga-Jaga! 94% Bekalan ADA Dalam Pasaran Dikawal 10% Whales Cardano!

1,327

Siapa tidak kenal whales kripto, satu-satunya kelompok pelabur yang digeruni kerana memiliki sejumlah besar daripada keseluruhan bekalan kripto tertentu.

Coin Metrics mendedahkan 10% whales utama Cardano memegang 94% daripada kesemua koin ADA yang berjumlah 33.44 bilion dalam pasaran.

Selepas berlakunya hard fork Alonzo, boleh dikatakan rangkaian ini agak aktif dengan kehadiran fungsi kontrak pintar, aplikasi desentralisasi (dApps), dan kewangan desentralisasi (DeFi).

Ekoran daripada itu, lambakan whales mula mengumpul ADA dan jika dibandingkan dengan aktiviti penjualan aset tersebut, sangat kecil.

Sebagai rekod, sebanyak 10% whales memiliki 30 bilion ADA pada awal 2021.

Bagaimanapun, rekod tersebut telah meningkat 1 bilion atau 3% daripada sebelumnya.

Perkembangan terbaru tentang rangkaian ini diperincikan seperti berikut:

  • Pertukaran desentralisasi (DEX) Cardano, AdaSwap akan melancarkan token utiliti, ASW di launchpad penawaran pertukaran desentralisasi awal (IDO), CardStarter.
    • Penjualan ASW terhad hanya kepada 80 juta token dengan harga awal ditetapkan pada $0.005.
  • SundaeSwap telah lancarkan pengujian di Cardano bermula 5 Disember.
  • Penukar ERC-20, ‘AGIX’ telah bersiaran di testnet Cardano sejak 7 Disember.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.29, meningkat lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat