Penukar ERC-20 ‘AGIX’ Berlabuh Di Testnet Cardano

484

Penukar ERC-20 pertama Cardano, AGIX kini bersiaran di testnet sejak 7 Disember.

Kehadiran fungsi terbaru bermakna Cardano berupaya menyokong pemindahan masuk token ERC-20 dari Ethereum dan sebaliknya.

Pada masa yang sama transaksi AGIX boleh dilakukan dengan kapasiti tinggi pada kos yang murah.

Kali pertama Input Output Hong Kong (IOHK) umum kehadiran penukar ini adalah pada pertengahan Mei 2021.

Pada bulan yang sama juga, pengujian pertama Alonzo dilancarkan.

Tanpa hard fork Alonzo, penubuhan penukar ERC-20 adalah mustahil. Disebabkan itu, kehadiran kontrak pintar menjadikan segala yang disasarkan Cardano satu realiti.

Sementara itu, Cardano juga sedang memampankan kehadiran platform kewangan desentralisasi (DeFi) dan dijangka mungkin penggunanya menikmati fungsi tersebut sepenuhnya pada tahun hadapan.

Misalnya pada 5 Disember, Cardano telah melancarkan bursa desentralisasi, SundaeSwap sebagai pemula kepada fenomena DeFi di rangkaian itu.

Bagaimanapun, pembangun platform itu sudah mengingatkan komuniti Cardano untuk jangkakan kehadiran pepijat memandangkan ia masih lagi tunas dalam ekosistem.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat