Jaga-Jaga Dengan USD/CAD, Malam Ini Ada Data CPI Kanada!

618

Berlaku pengunduran harga semula pada carta pasangan mata wang USD/CAD pada dagangan awal minggu semalam setelah lonjakan dipamerkan pada penutup penghujung minggu lalu.

US dolar masih bergerak suram pada Isnin semalam menyusuli kejatuhan ketara pada minggu lalu yang terkesan oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menurun.

Pergerakan US dolar dijangka tidak menentu sepanjang minggu ini sementara menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Dolar Kanada pula akan menantikan data inflasi pada sesi New York malam ini dengan ramalan angka terbaru juga akan semakin menurun berikutan bank pusat Kanada (BOC) juga masih meneruskan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terbaru.

USD/CAD pamerkan penyusutan dari awal minggu lepas sehingga mencecah paras 1.31000, namun melantun semula naik pada Jumaat, ketika penutupan sesi terakhir minggu itu.

Harga yang melonjak melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencapai ketinggian sekitar 1.32300 yang menjadi kawasan harga bergerak mendatar pada dagangan di pembukaan awal minggu semalam.

Namun, corak penurunan diperlihatkan hingga harga susut ke paras 1.31600. Harga melantun semula setelah menguji paras sokongan MA50.

Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga berlegar perlahan di bawah paras 1.32000 sementara pasaran menantikan terbitan data inflasi Kanada malam ini.

Sekiranya harga membuat kenaikan di atas paras 1.32000, paras ketinggian awal minggu semalam berkemungkinan mampu diatasi sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sasaran untuk kenaikan seterusnya harga adalah menuju paras 1.33000 yang akan menjadi rintangan semula sebelum harga yang berjaya melanjutkan kenaikan bakal mencapai zon 1.34000.

Namun jika harga kembali berundur turun semula dari paras semasa 1.32000, paras sokongan yang dicecah penghujung minggu lalu pada 1.31000 akan kembali menjadi tumpuan sekali lagi.

Jika harga tembus lebih rendah dari paras sokongan itu, harga dilihat akan menuju paras 1.3000 yang berpotensi menjadi paras sokongan terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat