Jaga-jaga! GBP/USD Bakal Rekodkan Paras Terendah Sejak 1985

217

US dolar berjaya mengukuh semula memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain termasuk Pound pada Selasa semalam setelah pembukaan dagangan awal minggu yang suram pada Isnin lalu.

Tumpuan pelabur pada sesi dagangan New York semalam terarah kepada terbitan data tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos yang semakin berkembang kepada 56.9 mengatasi Julai pada catatan 56.7.

Selain daripada itu, indeks dolar juga telah berjaya meneruskan pengukuhannya untuk kembali mencapai paras ketinggian terbaru 20 tahun sekitar 110.50 sementara hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula berjaya meningkat mencapai paras 3.34%.

Manakala bagi mata wang Pound pula, pelabur bakal meneliti laporan mesyuarat Bank Of England (BOE) yang akan dikeluarkan pada sesi Eropah sebentar lagi untuk sebarang isyarat baharu tentang kemungkinan besar kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu hadapan.

Pelabur juga akan memantau tindakan awal oleh Perdana Menteri UK terbaru, Liz Truss untuk pelan pemulihan ekonomi beliau sementara UK kini juga bergelut dengan krisis tenaga yang memberi tekanan kepada Eropah.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga gagal untuk meneruskan pengukuhan yang dilakukan pada pembukaan minggu sesi dagangang (Isnin) dan kembali memberi isyarat untuk menyambung  corak penurunan pada minggu-minggu sebelum ini.

Pada awal pagi sesi Asia bersambung Eropah semalam, harga dilihat telah meningkat menguji paras 1.16000 namun gagal untuk melepasi rintangan tersebut sebelum berlaku penurunan semula sekitar 100 pips pada dagangan yang diteruskan ke sesi New York.

Harga kemudiannya dilihat telah susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dan meneruskan penurunan bersambung pada sesi Asia pagi Rabu ini untuk corak bearish harga yang lebih jelas diperlihatkan.

Penurunan sekitar 60 pips di sesi Asia dilihat kembali menguji semula paras sokongan 1.145000 yang telah dicecah pada Isnin lalu di mana reaksi harga pada paras tersebut akan menarik perhatian pelabur.

Sekiranya harga berjaya meneruskan lagi penyusutan, harga akan mengatasi paras terendah pada dagangan Mac 2020 yang lalu dan berkemungkinan besar akan merekod harga terendah sejak tahun 1985.

Sasaran untuk penurunan lebih lanjut adalah pada sekitar 1.13000 atau 1.12000 untuk membentuk zon support terbaru buat harga.

Sebaliknya jika harga gagal untuk menembusi paras sokongan 1.14500 tersebut, dijangkakan harga bakal melonjak naik semula untuk menguji paras halangan MA50 sebelum memberikan petunjuk bagi arah pergerakan harga yang lebih bullish.

Rintangan pada 1.16000 akan kembali diuji semula setelah dagangan pada Selasa semalam gagal untuk melepasinya.

Sekiranya lonjakan harga tersebut berjaya melepasi halangan tersebut, harga dilihat akan meneruskan pendakian menuju sehingga ke zon tumpuan pada sekitar 1.17600-1.18000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat