Jaga-Jaga, Halving Bitcoin Tahun Ini Akan Berbeza! – Grayscale

1,678

“Alamak macam mana ni? Tapi korang jangan takut dan sentiasa berhati-hati ye.”

Acara halving Bitcoin (BTC) yang dijangka berlaku pada April 2024 bakal menyebabkan harganya menggunung, tetapi Grayscale tiba-tiba berpandangan terdapat sebilangan faktor luar yang mungkin menyebabkan acara halving tidak akan berlaku sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pada bulan lalu, firma tersebut berjaya tukar Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) jadi BTC ETF terbesar di dunia, oleh itu pengenalan ETF sedemikian dapat beri kesan pada harga BTC seolah-olah ia adalah halving kedua dalam satu tahun.

Suka dimaklumkan BTC ETF telah melihat aliran masuk $2.6 bilion sejak dilancarkan pada bulan lepas dan perlu diketahui juga acara halving seterusnya akan mengurangkan ganjaran blok BTC daripada 6.25 BTC kepada 3.125 BTC.

Berbalik pada Grayscale, firmanya berkata acara halving BTC selalunya mendorong harganya mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa pada tahun berikutnya, bagaimanapun inflasi bekalan BTC yang berkurangan mungkin mencetuskan situasi berbeza.

Nampaknya tempoh ini bertepatan dengan peristiwa makroekonomi yang ketara, ulas Grayscale sambil menambah bahawa kenaikan aset digital pada 2022 selepas pandemik Covid-19 mendorong kerajaan untuk melaksanakan langkah rangsangan kewangan secara besar-besaran.

Disebabkan kadar hash rangkaian meningkat dan subsidi blok menurun, Grayscale mendedahkan miners mungkin mendapati diri mereka berada dalam kedudukan tegang dalam jangka terdekat.

Namun, miners BTC memperoleh manfaat daripada Ordinals pada tahun ini yang telah mendorong aktiviti rangkaian BTC, yuran transaksi dan hasil miner bebas daripada ganjaran blok tetap BTC serta jadual halving.

Sungguhpun yuran lebih tinggi mungkin menjejaskan kes penggunaan BTC untuk pembayaran, Grayscale berkata Ordinals telah beri inspirasi kepada inovasi baharu tentang BTC yang bantu menangani isu kebolehskalaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat